September 14, 2009

Di Ambang AidilFitri

Tak berapa lama lagi da menjelma hari raya. Sebelum menjelang Hari Raya tahun nie macam-macam kejadian berlaku disekelilingku and macam-macam cerita yang menyapa telinga aku. Semuanya ader, pendek kata macam ASTRO "MACAM-MACAM ADA"
Firstly aku nak ucapkan takziah buat teman classku yang ditimpa musibah jumaat lalu. Kesian beliau, beberapa minit sebelum test Global Marketing bermula dia telah diragut oleh seseorang yang tidak berperikemanusiaan. Segalanya hilang dalam masa tidak sampai seminit. Di sebabkan terkejut dia terpaksa menagguhkan testnye. HArap dia tabah menghadapi dugaan itu. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Second, ade seorang hamba Allah yang tidak tau TANGGUNGJAWAB. Semua benda nak yang senang and amik mudah setiap benda. Ape yang die fikirkan adalah diri sendiri. Asal diri lepas, it's okay...X tau orang lain yang memikul beban yang ditinggalkan. Kesian orang yang emikul beban untuk dier.Da besar kot, tak lame lagi da nak keja da patut da ble fikir kot. Da keje nanti, x da company asyik bagi keje mudah je. Otak yang di kurniakan Tuhan gunakanlah sebaiknya, nanti kufur nikmat.
Third, selepas aku selesai menghadapi test Global Marketing Jumaat lalu, satu lagi dugaan menyapa aku. Sedang aku dan juga teman-teman yang lain menunggu bas, kami dapat berita yang mengatakan malam itu tiada perkhidmatan bas uitm disediakan. Betapa terkejutnya kami mendengar berita tersebut. Puas kami memikirkan altenatif untuk balik. pak cik yusri muncul dengan tiba-tiba....syukr alhamdulillah. Tapi malangnya, jumlah kami yidak muat untuk disumbatkan ke dalam van. so kami terpaksa memikirkan altenaif lain untuk pulang ke rumah. Jalan penyelesaian terakhir adalah dengan menelefon perkhidmatan teksi. Terbang duit hampir RM7 seoarang bayar tambang teksi.....Tapi x pe la as long as kitaorang selamat sampai rumah.

September 12, 2009

Menjelang hari raya....yang Syahdu

Tak lama lagi dah nak raya...hari nie da 22 hari puasa. Lagi 7 hari je lagi Aidilfitri bakal menjelma. Aku kat cnie x terasa macam nak raya je. Ngan assignment and test yang tak habis-habis. Ish...ish....dugaan betul la. Nak blik kampung pun x confirm lagi ble. Tiket da beli hari jumaat...tapi macam nak blik awal je coz haousemate smua plan nak blik hari rabu and khamis. So tak kan aku nak tinggal sorang-sorang kat Segamat nie...sedeh nyer t.. Untuk menggelakkan aku tinggal sowang2 terpaksa la aku minta mak and ayah datang jemput aku hari khamis. Pada mula nya x nak susahkan diarg...tapi nak wat macam mane....nak beli tiket bas lain sure da x der nye. Balik tetap kena balik...if mak and ayah tak dapat jemput....aku rela balik naik bus sambung2 dari Segamat ke Gemas...., Gemas ke Tampin...., n Tampin ke Kota.....sure sangat penat....and sangat sure ayah and mak tak akan bagi aku wat macam tue. Ayah and mak risau sangat if aku balik sendiri. Selagi diarg mampu diarg nak anta n jemput aku....Thank mak and ayah coz sudi jemput adik untuk balik raya nanti....Adik sayang mak and ayah.

August 4, 2009

Penderaan.....

Hahahahaha.....siapa yang didera....tentu la housemate aku...
Malam nie aku telah mendera nita n ayu untuk menemani aku yang x boleh tido.
Skrg jam menunjukkan pukul 3.50 pagi. Bru sekarang aku rasa mengantuk n berakhirnya seksaan penderaan kepada ayu n nita. Kesian ayu n nita kne layan krenah aku yang konon2 nye nak stay up utk study. Tapi hampeh, lain keje yang aku wat. Plan sbenarnya nak study untk test hr jumaat tapi bila dah mle surfing....alamatnya jauh la merayap. So study ntah ke mana n aku ntah ke mana. Mata pun dah mcm x blh angkat...ayu n nita pun dah slamat ke destinasi masing2. So aku nak menyusul diarg. THANK ACHU N ATEH COZ TEMANKAN AYUNG BERJAGA MALAM NIE.....CAYANG KORANG......MUUUUUAAAAHHHHHHH....

July 10, 2009

Kawan , Sahabat dan Teman

Kawan.....Sahabat......Teman...... Ketiga-tiga individu ini berbeza kedudukannya. Kawan adalah di tangga yang terbawah dalam sesebuah perhubungan, manakala sahabat pula kedudukannya lebih baik dari Kawan tetapi tidak dapat menandingi kedudukan Teman yang begitu tinggi dalam sesebuah hubungan. Untuk mengiktiraf diri kita menjadi Kawan, Sahabat mahupun Teman kita kena menilai sejauh mana hubungan kita dengan orang itu. Jika kita hanya mengenali nama dan sangat min tentang dirinya...itu KAWAN namanya.... Bagi sahabat pula kita boleh berkongsi cerita dengan nya dan bergurau senda dengannya selain itu kita boleh berkongsi masalah dengan mereka.....Teman kedudukan yang teratas.....sesorang TEMAN akan menangis bila temannya menagis...dan akan ketawa bila temannya gembira....selain itu TEMAN juga bisa berkorban aper sahaja demi temannya.... So untuk mengiktiraf diri kita sebagai TEMAN kepada orang lain...cerminkanlah diri sendiri layak kah kita menjadi TEMAN kepada teman kita, sejauh mana kita sanggup berkorban demi dia..... Teman sejati or TRUE FRIEND tak boleh kita jumpa dalam tempoh sehari, mahupun setahun.....Untuk membina hubungan Teman perlulah melalui satu tempoh yang lama supaya saling memahami antara orng lain. Antara TEMAN tiada rahsia yang disorokkan........NILAILAH DAN CERMIN DIRI ANDA MAMPUKAH ANDA MENJADI TEMAN YANG BAIK......RENUNGKANLAH..........

July 2, 2009

KEMBALI SEMULA....!!!!!

Pejam celik, pejam celik esok aku dah sampai ke destinasi percutian ku. Sekejap rasanya cuti, keesokkan petang aku bakal menjejakkan kakiku semula ke bumi Segamat yang telah aku tinggalkan hampir 2 bulan. Sem ini merupakan sem terakhir aku menduduki rumah yang kami sewa sekarang, selepas ini kami terpaksa menyerahkan rumah itu kepada tuannya. Bercakap tentang umah sewa, sem nie..penghuni rumah kami di No 15 Jalan Mida 7 mengalami sedikit perubahan. Terdapat muka baru yang akan mengantikan orang lama yang menarik diri siapa orang tue...kena la TUNGGU...... Kenapa....hanya Tuhan yang tahu. Ntah2...rumah kami tue panas kot....Whatever pun...panas @ sejuk sesebuah rumah bergantung kepada penghuninya.... Aku dan rakan-rakan yang lain akan cuba untk menjaga rumah itu. Kesungguhan n kepayahan kami untukmendapatkan rumah sewa ketika itu membuatkan kami lebih menghargainya. Rumah itu dapat disewakan atas hasil usahaku yang tanpa rasa segan bertanya kepada senior.... Ye la...orang yang tak cari mungkin dia tak tau...huhuhuhuhu. Aku juga ingin mengucapkan WELCOME HOME my friend...... Hope this year kita lebih success....caiyuk...caiyuk.....

May 18, 2009

CORETAN KU

Segalanya berakhir pada tarikh 7 Mei 2009 bersamaan hari Khamis tepat jam 12.00 tengah hari. Tarikh itu bukan ada apa yang istimewa pun, Cuma tarikh untuk aku menduduki kertas peperiksaan akhir untuk semester 4 nie dan segala dugaan yang perlu aku hadapi semester ini sudah berakhir.. Alhamdullillah seribu kesyukuran aku panjatkan kepada ALLAH S.W.T atas izinnya aku mampu menhadapi segala dugaan yang melanda diriku semester. Pelbagai konflik dalaman yang aku lalui semester ini yang hanya aku dan DIA sahaja yang ketahui. Konflik ini telah menjadi punca aku stress, tension and macam-macam lagi. Namun dengan bantuan dariNYA segalanya dapat aku hadapi dengan tabah.
Becakap tentang TABAH, cukup tabah ke aku menghadapi segalanya. Aku nampak keras tetapi aku sebenarnya sangat lembut pada hakikatnya. Ego, degil, sombong dan keras hati hanya boleh nampak di luar sahaja bukan di dalam hati aku. Ketabahan aku semester ini teruji apabila masalah demi masalah aku hadapi. Aku cuba berlagak seperti tiada apa yang berlaku, tapi hatiku hanya ALLAH S.W.T jer yang tau. Hatiku cukup sakit di minggu-minggu aku menghadapi peperiksaaan. Namun segalanya mampu aku sorokkan dengan jayanya sehingga ke hari terakhir aku menghadapi peperiksaan aku. Begitu sabar aku menghadapi semua ini.SABAR, sejauh mana kesabaran aku…hhmmmm ntah la. Kadang kala aku boleh bertolak ansur dengan sesuatu perkara dan bersabar dengan apa sahaja orang nak buat pada aku,. Sampai satu tahap yang agak melampau kesabaran aku tidak boleh dikawal lagi. Walaupun aku punya kesabaran tercabar oleh sesorang, namun tidak sekali aku pergi menyerang dan mengadakan perang mulut dengan orang lain. Aku akan lancakan perang dingin dengan orang yang berjaya mencabar kesabaran aku. Jika sebelum ini aku mampu lagi untuk berbual, bergelak ketawa, dan melihat mukanya, tetapi setelah dia berjaya membuat sesuatu yang aku dapat rasakan seperti mencabar kesabaran aku, segalanya akan minimum. Setakat ini aku belum pernah melakukan perkara ini kepada sesiapa, tetapi aku tidak berani memberi jaminan bahawa aku tidak akan melakukan perkara ini

March 25, 2009

PENAT......nyer

Minggu nie merupakan antara minggu-minggu yang memenatkan. Segala assignment n presentation perlu diselesaikan sebelum study week. Apa yang lebih membuatkan aku tidak menang tangan untuk selesaikan semua yang tertangguh adalah test yang datang silih-berganti. Aku agak terkejar untuk menyelesaikan semua ini sehingga aku terpaksa menggorbankan waktu rehatku. Aku hampir-hampir tiada lagi waktu untuk merehatkan diri. Waktu tidurku juga telah dipendekan bukan sedikit tetapi banyak. Sehingga satu tahap aku tidur hanya sejam setanggah. Penatnya..
Namun begitu, masih banyak lagi kerja-kerja yang perlu aku selesaikan. Aku kadang kala terfikir, mampukah badan aku menampung kepenatan yang semakin hari semakin meningkat bagi menyelesaikan semua kerja ini. Aku akan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan segalanya. Aku yakin bahawa setiap kerumitan ada penyelesaiannya. Untuk menyelesaikan aku perlu berusaha. Kegagalan selepas berusaha merupakan kejayaan.

March 18, 2009

WANITA.....


Seorang WANITA umpama sekuntum dunga ditaman,

Segar mewangi dipelusuk dunia setulus kasih sesucu embun,

Lembut WANITA kerana senyumannya,

Cekal WANITA kerana beraninya,

Patuh WANITA kerana setianya,

Sabar WANITA kerana imanya,

Kasih WANITA kerana belaiannya,

Lemah WANITA kerana airmatanya,

Ikhlas WANITA kerana simpatinya,

Pendam WANITA kerana cemburunya,

Sayang WANITA kerana sikap keibuannya,

Tanpa WANITA lelaki lemah,

Kerana WANITA lelaki kalah.....

MINGGU-MINGGU TERAKHIR...!!!!!!

Macam nie la setiapkali nyer muncul minggu-minggu terakhir sebelum EXAM. Terlalu banyak assignment and test yang harus dilunasi. sempat atau tidak untuk buat persiapan, segalanya harus ditempuhi jua. Semester ini sekali lagi keadaan begini muncul kembali. Suka atau tidak segala tugasan yang diamanahkan kepada aku harus aku selesaikan. Terus terang aku katakan perkara ini kadang kala membuatkan aku stress. Mana lah tak stress buat kerja last minit. Aku cuba untuk elakkan tabiat ini, tapi nak wat macam mana dah jadi satu kebiasaan.
Hujung minggu merupakan hari untuk merehatkan diri setelah seminggu berhempas pulas di dalam kelas. Namun, hujung minggu ini, semua itu hanya angan-angan. Kenapa...aku terpaksa menyelesaikan segala tugasan yang tertangguh. Aku mesti menyudahkan seperti ape yang aku plan kan. Betul la orang-orang tua kate "Penangguh itu merupakan pencuri masa".

ANDAI CINTA ITU HENDAK DIBERI....!!!!!!

Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberikan kepada seseorang yang boleh bergelar suami, pilihlah seorang lelaki yang;

1. Kuat Pengamalan Agamanya
Ø Ukuran boleh dibuat apakah dia menjaga sembahyang fardhunya biar sesibuk mana, kerap berjemaah dan sembahyang pada awal waktu.

Ø Ukur juga, apakah dia menjaga auratnya dengan memakai pakaian yang sopan terutama sewaktu bersukan.

Ø Mengutamakan pemuda yang kuat pengamalan agamanya ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w. kerana baginda menerima pinangan Sayidina Ali, seorang pemuda paling miskin tetapi paling bertakwa untuk menjadi suami anaknya, Siti Fatimah.

2. Baik Akhlaknya
Ø Ketegasannya nyata tetapi sebenarnya dia seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Dia bertutur dengan sopan kerana melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia. Rasulullah s.a.w. bersabda;


Ø "Jika (seorang lelaki) datang (untuk meminang anak perempuanmu) dan kamu berpuas hati dengan agamanya serta akhlaknya,nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu kamu tidak lakukan maka akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang amat luas."


3. Tegas Mempertahankan Maruah
Ø Ukur, apakah dia pernah pergi ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya seperti ke tempat-tempat hiburan yang penuh dengan maksiat.

4. Amanah
Ø Selidiki, apakah dia seorang yang tidak pernah mengabaikan tugas yang diberikan kepadanya atau apakah dia pernah menyalahgunakan kedudukannya.

5. Tidak Boros
Ø Dia bukanlah kedekut tetapi seorang yang tahu membelanjakan wangnya dengan bijaksana. Nikmat yang ada padanya seperti makanan boleh dikongsi sama dengan orang-orang lain yang berhak.

6. Tidak Mengelingas Matanya
Ø Perhatikan apakah matanya kerap mengelingas ke arah perempuan lain yang lalu-lalang sewaktu berbicara. Jika begitu, dia seorang yang bermata keranjang dan berbahaya untuk disenaraikan calon suami.

7. Terbatas Pergaulan
Ø Dia tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah menjadi fitnah orang.

8. Siapakah Rakan Pergaulannya
Ø Rakan-rakan pergaulan adalah yang sama sepertinya.

9. Bertanggungjawab
Ø Rasa bertanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh manakah dia menguntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika dia seorang yang agak berada tetapi keluarganya hidup susah,dia bukanlah seorang yang bertanggungjawab.

10. Tenang wajahnya
Ø Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Perhatikan, apakah wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Andainya dia seorang yang kelam-kelibut dia bukanlah calon suami yang anda cari-cari.


Berbahagialah anda jika dicintai calon suami yang demikian sifatnya. Semoga berbahagia di dunia dan akhirat.
Cinta seorang wanita bukan untuk 'buaya-fren' tetapi untuk suaminya yang sah.

February 26, 2009

Tag from syira n iena

1. THREE NAMES THATS FRIEND CALL YOU....
Ø Shikin
Ø Ekin
Ø Ayung

2. THREE MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE....
Ø 18 January
Ø 20 September
Ø 23 Mei

3. THREE WAYS TO BE HAPPY
Ø Shopping
Ø Sleep
Ø Games

4. THREE OF YOUR FAVORITE SONG AS OF NOW....
Ø Ada masa – Infinatez
Ø Dealova – Once
Ø Overprotected – Britney
5. THREE PERSON YOU MISS FROM YOUR PAST.....
Ø My best friend – Azmira
Ø Ex-classmate (previous school)
Ø Dia

6. THREE GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE.......
Ø All my dreams come true.
Ø True love.
Ø Lovely person

7. THREE OF YOUR FAVORITE HOBBIES....
Ø Daydreaming and sleep
Ø Novel
Ø Games

8. THREE PLACE YOU WANT TO GO FOR VACATION
Ø Korea
Ø Japan
Ø Holand

9. THREE FAVORITE CARTOON/ANIME CHARACTERS
Ø Pooh and friends (cute nyer)
Ø Mickey and Minnie Mouse
Ø Tom and Jerry



10. THREE MALLS YOU USUALLY GO TO......
Ø Billion (near house)
Ø Nirwana
Ø Pasar Mini Lubok China

11. THREE FAVORITE DRINKS.....
Ø Clear water (Mineral water without boiling)
Ø Soya bean
Ø Fruit juice ( apple + carrot + milk….sedapnyer)

12. THREE THING FOUND IN YOUR BAG.....
Ø Purse with money and all cards
Ø Hand phones
Ø Cosmetics

13. THREE FAVORITE COLOURS
Ø Pink (sweet)
Ø Blue
Ø White

14. TOP THREE HANGOUT
Ø My home (inside my lovely room)
Ø Aunty home
Ø Anywhere (as long as peace)

15. TOP THREE FOODS YOU LOVE SO MUCH
Ø Tom yam
Ø Anything related to ‘sotong’
Ø Mother dishes

16. TOP THREE 'THINGS' SPECIAL TO YOU.....
Ø My family
Ø My friends
Ø Future husband
17. TOP THREE ATTITUDES YOU LIKE
Ø Smile
Ø Happy go lucky
Ø Slumber and gamble

18. TOP THREE FACED YOU LIKE
Ø Sweet
Ø Baby face
Ø Calm
19. THREE THINGS YOU'LL BE DOING TOMORROW..
Ø Wake up
Ø Take bath
Ø Let’s ronda-ronda

20. THREE TOP WHY YOU ARE BUSY AT THIS TIME....
Ø Assignment
Ø Homework
Ø Thinking about my mum n dad (miss u)

21. THREE PERSON YOU WANT TO TAG
Ø My housemate
Ø My best friend
Ø Anyone have free time.

February 24, 2009

TA'RUF

Aku mengenali DIA sejak aku di tingkatan satu lagi, atau lebih tepat lagi sejak hari pertama aku menjejakan kaki di tingkatan 1 lagi. Kami sama-sama menjadi penghuni Tingkatan 1 Anggerik di SMKLC. Pada hari pertama kami di sekolah itu, biasalah kena menjalani sessi orientasi. Pada sessi itu kami diminta mencari 7 orang rakan baru yang terdiri daripad 3 orang lelaki dan 4 orang perempuan. Syaratnya, rakan itu mestilah datang dari sekolah rendah yang berlainan dengan kita. Bermula dari tugasan itu lah aku mula mengenali DIA. Kami hanya berkenalan sekadar untuk melengkapkan tugasan yang diamanahkan. Kami saling mengenali, tetapi hanya sebagai rakan satu tingakatan. Tidak aku sangka, perkenalan aku dengan dia membahkan sesuatu yang aneh dalam hatiku. Mngkinkah itu dikatakan CINTA? Mungkinkah aku menyukai DIA.
Aku suka melihat wajahnya yang aku anggap sweet. Aku yang ketika itu tidak penah meminati mana-mana lelaki, telah mula tertarik melihat ‘kesweetan’ wajahnya. Dia sangat comel pada pandangan aku. Tapi sayang siapalah aku untuk mendapat perhatian darinya. Aku adalah gadis biasa yang tiada kelebihan yang boleh menjadi tarikan kepadanya, jauh sekali untuk diminati. Terus terang aku kata, aku sangat-sangat menyukainya. Tapi aku hanya mampu menyukainya dari jauh sahaja.
Aku bernasib baik kerana kami berada di tingkatan yang sama sehingga tingkatan tiga. Walaupun kami satu tingkatan, aku amat jarang sekali bergaul dengannya kerana aku bimbang perasaan aku terhadapnya akan ketara sekiranya aku berbual dengannya. So, aku hanya mencuri memandang nya dari jauh. Aku akan pastikan tempat duduku di dalam kelas akan memudahkan aku untuk mencuri pandang ke arahnya. Ketika di tingakatan 4 di SMKLC aku sekali lagi satu tingkatan yang sama. Semasa di tingkatan 4, pelajar ramai pelajar untu memohon untuk melanjutkan tingkatan 4 ke sekolah lain. Aku telah memohon untuk ke sekolah teknik selepas PMR dan aku berjaya mendapat tempat di SMTPd. Ape yang lebih memeranjatkan aku adalah dia pun terpilih untuk melanjutkan tingkatan 4 nye ke sekolah yang sama denganku. Walaupun berlainana kursus tetapi aku bersyukur kerana aku masih dapat melihat wajahnya yang sweet tue.
Di SMTPD aku masih lagi menyimpan perasaan terhadap dia. Di sana ada dua ke tiga orang kawan ku yang mengetahui kisah ini. Aku memulakan langkah untuk mendekatinya. Tapi usaha aku sia-sia. Semasa aku tingkatan 5 aku dapat tau yang dia telah mempunyai insan istimewa di hati. Ketitka itu, hati aku degil untuk berhenti dari meminatinya. Aku terus memandang dari jauh tanpa dia sedari. Sehingga sekarang aku terus meminatinya...aku kurang pasti kenapa aku menyukainya...mungkin kerana dirinya atau wajahnya yang sweet itu.Perasaan aku meminati dia tidak sehingga ingin memiliki nya, tetapi just suka melihatnya. Sehingga sekarang sudah hampir 5 tahun aku tidak berjumpa dengannya. Berita yang terbaru yang aku tau mengenai dia, dia mempunyai hubungan serius dengan seorang bekas pelajar SMKLC dulu. Aku mengenali budak itu. Cantik, sama padan dengan dirinya yang agak sweet tue. Aku doakan mereka bahagia....AMIN......

February 20, 2009

MEMILIHKAH AKU....

Aku dikurniakan ramai teman.... Di antara mereka ada yang ingin mendampingi ku lebih sekadar TEMAN. Salahkah aku jika aku mencari kesempurnaan seorang lelaki yang sempurna...yang bakal aku tabalkan sebagai RAJA di hatiku.
Aku pernah menyayangi seorang insan suatu waktu dulu. Tapi insan itu tidak bertahan lama denganku kerana aku kecewa dengan dirinya. Pelbagai usaha aku lakukan untuk mengubahnya...tapi sayang usaha aku sia-sia. Dia ternyata tidak menyayangi aku kerana dia tidak mampu mengubah sesuatu keburukkan yang aku anggap sangat teruk. Aku menyayanginya, tapi disebabkan itu...aku terpaksa mengakhiri perhubungan kami... Aku bukan memandang kesempurnaan rupa dan harta, tapi aku memandang kesempurnaan rohani dan kesempurnaannya sebagai lelaki. Salahkan aku jika aku menolaknya kerana kekurangannya itu.... Aku takut jika aku bersamanya aku akan menjadi korban tabiatnya. Aku mencari insan yang boleh membimbingku ke arah kebenaran bukan orang seperti DIA.

February 18, 2009

CINTA

CINTA,
Sejauh mana CINTA boleh menguasai seseorang insan bernama manusia. Kerana CINTA manusia kadang-kala hilang arah. Tetapi tidak dinafikan ada CINTA yang membentuk arah yang baik.
Tapi bagiku..CINTA tidak penah hadir dalam diri ini. Apa yang ada untuk DIA hanya lah SAYANG. Aku sendiri keliru untuk menyayangi atau mencintai DIA. Aku takut jika hanya SAYANG, DIA tidak mengerti. Jika CINTA, aku takut jika itu hanya CINTA FANTASI. Aku takut untuk mengalami kehilangan buat kali kedua, setelah apa yang aku alamai suatu waktu dulu. Aku kehilangan orang yang disayangi buat selamanya dan hampir mencintainya. Dia pergi meninggalkan ku tanpa ucapan SELAMAT TINGGAL.
Oleh kerana itu CINTA dan SAYANG ku amat mahal untuk insan bernama DIA. Maafkanku andai nya sikapku ini membuatkan dirimu disisihkan. Aku tahu kamu kecewa dengan diriku. Namun aku tidak boleh mengubah diriku untuk mengikut kehendak atau kepuasan orang lain. Biarlah perubahan aku atas kesedaran diriku. Bila masa yang sesuai, aku sendiri tidak pasti. Jika kamu yakin diriMu jodohKU, sabarlah menungguku hatiKu terbuka, INSYALLAH. Aku mengizinkan diriMU dimiliki oleh orang lain. Ku doakan kebahagiaanmu.

February 6, 2009

QUIZ LAGI


Kuiz....kuiz....kuiz.... ri nie ader kuiz eco lagi. Every week ader kuiz eco either offline or online. Msk ri nie punya kuiz dah dekat 30 kuiz ktrg wat sejak lec baru yang amik alih. Untuk success kne la study...kalau x kantoi nangis. So x der alasan untuk x study eco. Hehehe.... poning den.... sampai demam2 wat kuiz... Tapi takpe untuk kebaikan diri sendiri...kenalah redha. Moga2 usaha aku nie dapat ganjaran yang setimpal....INSYALLAH.

GILA KENTANG


Last week we all g McD semata-mata nak tengok TV. Maklumlah rumah sewa we all tak der TV. We all ke sana pun sebab nak nonton cte yang menggantikan cte "PUAKA NIANG RAPIK".
So untuk lepak kat stu kne la bli something, aku pum bli la FUN FRIES..... minah dua orangtue sangat fanatik kat FUN FRIES... Tak dapat dipisahkan antara mereka dan FUNFRIES...... Tapi yang paling comel, yang belakang tue...DRAKULA FUN FRIES...hehehehe...saper yang terkena harap maafkan ek...ini hanya gurauan semata.....

MYA AND EKIN




Ini hanya ukiran name kami berdua. Namun hubungan kami bukan sekadar hanya diukiran ini sahaja. Kami jauh, tapi kasih sayang antara kami mekar buat selama-lamanya. Rapat kami bukan kerana keluarga, bukan juga kerana saudara dan jauh sekali kekasih. Tapi kami sayang menyayangi atas satu kata kami adalah TEMAN SEJATI. harap hubungan kami kekal hari ini, esok dan selamanya. INSYALLAH....

TEMAN oh KAWAN


eh pening aku....macam feel orang kat dunia nie. Kadang-kadang lagi kita kenal orang tue lagi kita tak faham diri dia. Aku sendiri kadang kala tidak memahami kawan dan teman aku. Tempoh berpuluh tahun kita mengenalinya, bukan bermakna aku mengenalinya. Dengan sebab itu aku kurang gemar mencipta kawan rapat yang ramai. Cukup la hanya kawan yang memahami aku berada mendapingiku. Bersama mereka aku rasa dihargai.

February 4, 2009

LEMANG oh LEMANG


Raya tahun lepas buat pertama kalinya aku belajar wat lemang. Tak sangka percubaan pertama berjaya. Rasa berbaloi la juga usaha aku. Anak-anak buahku juga join adventure dalam usaha untuk menyediakan juadah di pagi raya. Ape yang menarik setiap lemang yang kami buat ada tertulis nama kami menandakan lemang itu kami yang buat. Menarik kan, tidak semua orang boleh merasai pengalaman sebegini.
Bercakap tentang lemang nie, seorang temanku yang tidak pernah merasai keenakan lemang yang dicicah bersama lemak….SODAPNYA. Apalah nasib makanan tradisi ini yang semakin dilupakan oleh genari sekarang.. Justeru itu aku mengambil inisiatif mempelajarinya agar warisan ini tidak hilang ditelan zaman. Sekurang-kurangnya generasi akan dating tahu akan kewujudan lemang ini.

February 2, 2009

KATA-KATA PUJANGGA

"Apabila kasih sayang itu lahir daripada iman, ia akan kekal

Apabila kasih sayang itu kerana keduniaan, ia tidak kekal.

Boleh jadi ia disudahi dengan pemusuhan."

"Kasih manusia sering bermusim, Sayang manusia tiada abadi.

Kasih Tuhan tiada bertepi, Sayang Tuhan janjiNya pasti"


Dengan CINTA kenal PENCIPTA
Dengan CINTA kenal RASULNYA
Kerana CINTA kenal SAUDARA
BAHAGIA KELUARGA
OH! Indahnya CINTA

KELUARGA BAHAGIA


Keluarga yang bahagia perlu ada persefahaman antara ahli. Tidak mustahil pertelagahan boleh berlaku antara ahli keluarga terutamanya sesama adik-beradik. Namun itu adalah asam garam dalam hidup berkeluarga. Sebagai salah seorang dari ahli keluarga, kita perlu pandai memainkan peranan agar hubungan kita sekeluarga sentiasa segar and saling merindui antara satu sama lain. Segala perkara harus dibawa berbincang bersama bagi mengelakkan perselisihan faham.
Ayah dan Emak sebagai tunggak keluarga yang bahagia. Mereka banyak melakukan pengorbanan bagi memastikan anak-anak nyer hidup bersatu-padu, aman, sayang-menyayangi dan hormat-menghormati.
So hargailah KASIH, SAYANG, CINTA serta PERHATIAN dari keluarga kita. Hanya mereka yang BOLEH bersama kita dalam SUSAH mahupun SENANG.

MENCARI CINTA DAN KEREDHAAN ALLAH

Biar kepahitan itu pergi, agar kemanisan mengisi. Biarkan kekecewaan berlalu, agar kegembiraan mewarnai. Biarkan kegelisahan lenyap, jangan kita hilang semangat. Biar penderitaan menyapa, agar kekuatan kita jana semula. Biarkan diri ini derita, agar aku tahu kepahitan derita ini , agar aku sedar kesengsaraan ini tak sama bahkan hanya secebis dari penderitaan RASULULLAH S.A.W. Tuhan sesekali tidak menzalimi hamba-Nya, tapi manusia yang menzalimi diri mereka sendiri. Cahaya kelam pahala dosa berupaya memilihnya walau kadang kala tersasar lantaran pautan nafsu. Namun peluang dari-Nya sentiasa ada, namun kasih dari-Nya sentiasa memayungi. Diturunkan ad-din memperhalus akal, dianugerahkan akal memperhalus akhlak, dikurniakan akhlak mencantikan pekerti, menjadi sebaik-baik umat.
Tunduk sebagai hamba, berjalan sebagai khalifah menyusuri kehidupan mencari sebutir permata “IMAN” menyemai sepohon “TAQWA” agar dapat berlindung dari angina hasutan “SYAITAN” dalam mencari KEREDHAAN ALLAH S.W.T

CINTA

CINTA layaknya seperti rama-rama semakin kalian mengejarnya semakin jauh ia meninggalkan kalian, biarkan rama-ramamu terbang kemana saja ia suka, siapa tahu bila ia lelah dan tidak sedar akan kewujudan ia bakal mengimbaskan sayapnya kearahmu, menumpang teduh dari panas hujan badai duniawi dalam keadaan yang kau tidak sangka mungkin saja rama-rama yang kau kejar itu bukan rama-rama yang ALLAH peruntukan buatmu.

TRUE FRIENDSHIP


Once in a lifetime
you find a FRIEND
who touches not only your HEART
but also your soul

Once in a lifetime
you DISCOVER someone
who stands BESIDE you,
not over you.

Once in a lifetime
if you are LUCKY
you find someone
as I found you.

Very special people
we can be OURSELVES with
TALK with, LAUGH with,
HOPE with and BELIEVE with….

February 1, 2009

SAYANGKU PADAMU TIADA TANDINGAN



AYAH dan EMAK...adik sayang ayah dan emak. KASIH, SAYANG dan CINTA adik hanya untuk kamu. Walaupun dilonggokkan segunung INTAN dan PERMATA di hadapan adik, tapi adik memilihmu. Kedudukan kamu di hati adik di tempat yang tinggi.Kamu lah insan yang paling berharga dalam hidup adik. Tiada insan lain yang boleh menggantikan kedudukanmu even future husband adik. DAD and MOM you are no ONE in my HEART

KISAH 'CINTA' DAN 'KAWAN'



Satu hari CINTA dan KAWAN berjalan dalam kampung……Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga....kenapa???? Kerana CINTA itu buta....Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga....kenapa???? Kerana.....KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA!!! Di dalam telaga CINTA hilang....kenapa??? Kerana CINTA itu halus, mudah hilang kalau tidak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap....sedangkan KAWAN masih tercari-cari di mana CINTA dan terus menunggu.....kenapa???? Kerana KAWAN itu sejati dan akan kekal sebagai KAWAN yang setia...kan???? So....hargailah KAWAN selagi kita terasa dia BERERTI...Walaupun kita punya CINTA....KAWAN still paling setia....Walaupun kita punya banyak harta........KAWAN still paling berharga