May 18, 2009

CORETAN KU

Segalanya berakhir pada tarikh 7 Mei 2009 bersamaan hari Khamis tepat jam 12.00 tengah hari. Tarikh itu bukan ada apa yang istimewa pun, Cuma tarikh untuk aku menduduki kertas peperiksaan akhir untuk semester 4 nie dan segala dugaan yang perlu aku hadapi semester ini sudah berakhir.. Alhamdullillah seribu kesyukuran aku panjatkan kepada ALLAH S.W.T atas izinnya aku mampu menhadapi segala dugaan yang melanda diriku semester. Pelbagai konflik dalaman yang aku lalui semester ini yang hanya aku dan DIA sahaja yang ketahui. Konflik ini telah menjadi punca aku stress, tension and macam-macam lagi. Namun dengan bantuan dariNYA segalanya dapat aku hadapi dengan tabah.
Becakap tentang TABAH, cukup tabah ke aku menghadapi segalanya. Aku nampak keras tetapi aku sebenarnya sangat lembut pada hakikatnya. Ego, degil, sombong dan keras hati hanya boleh nampak di luar sahaja bukan di dalam hati aku. Ketabahan aku semester ini teruji apabila masalah demi masalah aku hadapi. Aku cuba berlagak seperti tiada apa yang berlaku, tapi hatiku hanya ALLAH S.W.T jer yang tau. Hatiku cukup sakit di minggu-minggu aku menghadapi peperiksaaan. Namun segalanya mampu aku sorokkan dengan jayanya sehingga ke hari terakhir aku menghadapi peperiksaan aku. Begitu sabar aku menghadapi semua ini.SABAR, sejauh mana kesabaran aku…hhmmmm ntah la. Kadang kala aku boleh bertolak ansur dengan sesuatu perkara dan bersabar dengan apa sahaja orang nak buat pada aku,. Sampai satu tahap yang agak melampau kesabaran aku tidak boleh dikawal lagi. Walaupun aku punya kesabaran tercabar oleh sesorang, namun tidak sekali aku pergi menyerang dan mengadakan perang mulut dengan orang lain. Aku akan lancakan perang dingin dengan orang yang berjaya mencabar kesabaran aku. Jika sebelum ini aku mampu lagi untuk berbual, bergelak ketawa, dan melihat mukanya, tetapi setelah dia berjaya membuat sesuatu yang aku dapat rasakan seperti mencabar kesabaran aku, segalanya akan minimum. Setakat ini aku belum pernah melakukan perkara ini kepada sesiapa, tetapi aku tidak berani memberi jaminan bahawa aku tidak akan melakukan perkara ini