March 25, 2009

PENAT......nyer

Minggu nie merupakan antara minggu-minggu yang memenatkan. Segala assignment n presentation perlu diselesaikan sebelum study week. Apa yang lebih membuatkan aku tidak menang tangan untuk selesaikan semua yang tertangguh adalah test yang datang silih-berganti. Aku agak terkejar untuk menyelesaikan semua ini sehingga aku terpaksa menggorbankan waktu rehatku. Aku hampir-hampir tiada lagi waktu untuk merehatkan diri. Waktu tidurku juga telah dipendekan bukan sedikit tetapi banyak. Sehingga satu tahap aku tidur hanya sejam setanggah. Penatnya..
Namun begitu, masih banyak lagi kerja-kerja yang perlu aku selesaikan. Aku kadang kala terfikir, mampukah badan aku menampung kepenatan yang semakin hari semakin meningkat bagi menyelesaikan semua kerja ini. Aku akan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan segalanya. Aku yakin bahawa setiap kerumitan ada penyelesaiannya. Untuk menyelesaikan aku perlu berusaha. Kegagalan selepas berusaha merupakan kejayaan.

March 18, 2009

WANITA.....


Seorang WANITA umpama sekuntum dunga ditaman,

Segar mewangi dipelusuk dunia setulus kasih sesucu embun,

Lembut WANITA kerana senyumannya,

Cekal WANITA kerana beraninya,

Patuh WANITA kerana setianya,

Sabar WANITA kerana imanya,

Kasih WANITA kerana belaiannya,

Lemah WANITA kerana airmatanya,

Ikhlas WANITA kerana simpatinya,

Pendam WANITA kerana cemburunya,

Sayang WANITA kerana sikap keibuannya,

Tanpa WANITA lelaki lemah,

Kerana WANITA lelaki kalah.....

MINGGU-MINGGU TERAKHIR...!!!!!!

Macam nie la setiapkali nyer muncul minggu-minggu terakhir sebelum EXAM. Terlalu banyak assignment and test yang harus dilunasi. sempat atau tidak untuk buat persiapan, segalanya harus ditempuhi jua. Semester ini sekali lagi keadaan begini muncul kembali. Suka atau tidak segala tugasan yang diamanahkan kepada aku harus aku selesaikan. Terus terang aku katakan perkara ini kadang kala membuatkan aku stress. Mana lah tak stress buat kerja last minit. Aku cuba untuk elakkan tabiat ini, tapi nak wat macam mana dah jadi satu kebiasaan.
Hujung minggu merupakan hari untuk merehatkan diri setelah seminggu berhempas pulas di dalam kelas. Namun, hujung minggu ini, semua itu hanya angan-angan. Kenapa...aku terpaksa menyelesaikan segala tugasan yang tertangguh. Aku mesti menyudahkan seperti ape yang aku plan kan. Betul la orang-orang tua kate "Penangguh itu merupakan pencuri masa".

ANDAI CINTA ITU HENDAK DIBERI....!!!!!!

Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberikan kepada seseorang yang boleh bergelar suami, pilihlah seorang lelaki yang;

1. Kuat Pengamalan Agamanya
Ø Ukuran boleh dibuat apakah dia menjaga sembahyang fardhunya biar sesibuk mana, kerap berjemaah dan sembahyang pada awal waktu.

Ø Ukur juga, apakah dia menjaga auratnya dengan memakai pakaian yang sopan terutama sewaktu bersukan.

Ø Mengutamakan pemuda yang kuat pengamalan agamanya ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w. kerana baginda menerima pinangan Sayidina Ali, seorang pemuda paling miskin tetapi paling bertakwa untuk menjadi suami anaknya, Siti Fatimah.

2. Baik Akhlaknya
Ø Ketegasannya nyata tetapi sebenarnya dia seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Dia bertutur dengan sopan kerana melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia. Rasulullah s.a.w. bersabda;


Ø "Jika (seorang lelaki) datang (untuk meminang anak perempuanmu) dan kamu berpuas hati dengan agamanya serta akhlaknya,nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu kamu tidak lakukan maka akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang amat luas."


3. Tegas Mempertahankan Maruah
Ø Ukur, apakah dia pernah pergi ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya seperti ke tempat-tempat hiburan yang penuh dengan maksiat.

4. Amanah
Ø Selidiki, apakah dia seorang yang tidak pernah mengabaikan tugas yang diberikan kepadanya atau apakah dia pernah menyalahgunakan kedudukannya.

5. Tidak Boros
Ø Dia bukanlah kedekut tetapi seorang yang tahu membelanjakan wangnya dengan bijaksana. Nikmat yang ada padanya seperti makanan boleh dikongsi sama dengan orang-orang lain yang berhak.

6. Tidak Mengelingas Matanya
Ø Perhatikan apakah matanya kerap mengelingas ke arah perempuan lain yang lalu-lalang sewaktu berbicara. Jika begitu, dia seorang yang bermata keranjang dan berbahaya untuk disenaraikan calon suami.

7. Terbatas Pergaulan
Ø Dia tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah menjadi fitnah orang.

8. Siapakah Rakan Pergaulannya
Ø Rakan-rakan pergaulan adalah yang sama sepertinya.

9. Bertanggungjawab
Ø Rasa bertanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh manakah dia menguntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika dia seorang yang agak berada tetapi keluarganya hidup susah,dia bukanlah seorang yang bertanggungjawab.

10. Tenang wajahnya
Ø Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Perhatikan, apakah wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Andainya dia seorang yang kelam-kelibut dia bukanlah calon suami yang anda cari-cari.


Berbahagialah anda jika dicintai calon suami yang demikian sifatnya. Semoga berbahagia di dunia dan akhirat.
Cinta seorang wanita bukan untuk 'buaya-fren' tetapi untuk suaminya yang sah.