September 14, 2009

Di Ambang AidilFitri

Tak berapa lama lagi da menjelma hari raya. Sebelum menjelang Hari Raya tahun nie macam-macam kejadian berlaku disekelilingku and macam-macam cerita yang menyapa telinga aku. Semuanya ader, pendek kata macam ASTRO "MACAM-MACAM ADA"
Firstly aku nak ucapkan takziah buat teman classku yang ditimpa musibah jumaat lalu. Kesian beliau, beberapa minit sebelum test Global Marketing bermula dia telah diragut oleh seseorang yang tidak berperikemanusiaan. Segalanya hilang dalam masa tidak sampai seminit. Di sebabkan terkejut dia terpaksa menagguhkan testnye. HArap dia tabah menghadapi dugaan itu. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Second, ade seorang hamba Allah yang tidak tau TANGGUNGJAWAB. Semua benda nak yang senang and amik mudah setiap benda. Ape yang die fikirkan adalah diri sendiri. Asal diri lepas, it's okay...X tau orang lain yang memikul beban yang ditinggalkan. Kesian orang yang emikul beban untuk dier.Da besar kot, tak lame lagi da nak keja da patut da ble fikir kot. Da keje nanti, x da company asyik bagi keje mudah je. Otak yang di kurniakan Tuhan gunakanlah sebaiknya, nanti kufur nikmat.
Third, selepas aku selesai menghadapi test Global Marketing Jumaat lalu, satu lagi dugaan menyapa aku. Sedang aku dan juga teman-teman yang lain menunggu bas, kami dapat berita yang mengatakan malam itu tiada perkhidmatan bas uitm disediakan. Betapa terkejutnya kami mendengar berita tersebut. Puas kami memikirkan altenatif untuk balik. pak cik yusri muncul dengan tiba-tiba....syukr alhamdulillah. Tapi malangnya, jumlah kami yidak muat untuk disumbatkan ke dalam van. so kami terpaksa memikirkan altenaif lain untuk pulang ke rumah. Jalan penyelesaian terakhir adalah dengan menelefon perkhidmatan teksi. Terbang duit hampir RM7 seoarang bayar tambang teksi.....Tapi x pe la as long as kitaorang selamat sampai rumah.

September 12, 2009

Menjelang hari raya....yang Syahdu

Tak lama lagi dah nak raya...hari nie da 22 hari puasa. Lagi 7 hari je lagi Aidilfitri bakal menjelma. Aku kat cnie x terasa macam nak raya je. Ngan assignment and test yang tak habis-habis. Ish...ish....dugaan betul la. Nak blik kampung pun x confirm lagi ble. Tiket da beli hari jumaat...tapi macam nak blik awal je coz haousemate smua plan nak blik hari rabu and khamis. So tak kan aku nak tinggal sorang-sorang kat Segamat nie...sedeh nyer t.. Untuk menggelakkan aku tinggal sowang2 terpaksa la aku minta mak and ayah datang jemput aku hari khamis. Pada mula nya x nak susahkan diarg...tapi nak wat macam mane....nak beli tiket bas lain sure da x der nye. Balik tetap kena balik...if mak and ayah tak dapat jemput....aku rela balik naik bus sambung2 dari Segamat ke Gemas...., Gemas ke Tampin...., n Tampin ke Kota.....sure sangat penat....and sangat sure ayah and mak tak akan bagi aku wat macam tue. Ayah and mak risau sangat if aku balik sendiri. Selagi diarg mampu diarg nak anta n jemput aku....Thank mak and ayah coz sudi jemput adik untuk balik raya nanti....Adik sayang mak and ayah.

August 4, 2009

Penderaan.....

Hahahahaha.....siapa yang didera....tentu la housemate aku...
Malam nie aku telah mendera nita n ayu untuk menemani aku yang x boleh tido.
Skrg jam menunjukkan pukul 3.50 pagi. Bru sekarang aku rasa mengantuk n berakhirnya seksaan penderaan kepada ayu n nita. Kesian ayu n nita kne layan krenah aku yang konon2 nye nak stay up utk study. Tapi hampeh, lain keje yang aku wat. Plan sbenarnya nak study untk test hr jumaat tapi bila dah mle surfing....alamatnya jauh la merayap. So study ntah ke mana n aku ntah ke mana. Mata pun dah mcm x blh angkat...ayu n nita pun dah slamat ke destinasi masing2. So aku nak menyusul diarg. THANK ACHU N ATEH COZ TEMANKAN AYUNG BERJAGA MALAM NIE.....CAYANG KORANG......MUUUUUAAAAHHHHHHH....

July 10, 2009

Kawan , Sahabat dan Teman

Kawan.....Sahabat......Teman...... Ketiga-tiga individu ini berbeza kedudukannya. Kawan adalah di tangga yang terbawah dalam sesebuah perhubungan, manakala sahabat pula kedudukannya lebih baik dari Kawan tetapi tidak dapat menandingi kedudukan Teman yang begitu tinggi dalam sesebuah hubungan. Untuk mengiktiraf diri kita menjadi Kawan, Sahabat mahupun Teman kita kena menilai sejauh mana hubungan kita dengan orang itu. Jika kita hanya mengenali nama dan sangat min tentang dirinya...itu KAWAN namanya.... Bagi sahabat pula kita boleh berkongsi cerita dengan nya dan bergurau senda dengannya selain itu kita boleh berkongsi masalah dengan mereka.....Teman kedudukan yang teratas.....sesorang TEMAN akan menangis bila temannya menagis...dan akan ketawa bila temannya gembira....selain itu TEMAN juga bisa berkorban aper sahaja demi temannya.... So untuk mengiktiraf diri kita sebagai TEMAN kepada orang lain...cerminkanlah diri sendiri layak kah kita menjadi TEMAN kepada teman kita, sejauh mana kita sanggup berkorban demi dia..... Teman sejati or TRUE FRIEND tak boleh kita jumpa dalam tempoh sehari, mahupun setahun.....Untuk membina hubungan Teman perlulah melalui satu tempoh yang lama supaya saling memahami antara orng lain. Antara TEMAN tiada rahsia yang disorokkan........NILAILAH DAN CERMIN DIRI ANDA MAMPUKAH ANDA MENJADI TEMAN YANG BAIK......RENUNGKANLAH..........

July 2, 2009

KEMBALI SEMULA....!!!!!

Pejam celik, pejam celik esok aku dah sampai ke destinasi percutian ku. Sekejap rasanya cuti, keesokkan petang aku bakal menjejakkan kakiku semula ke bumi Segamat yang telah aku tinggalkan hampir 2 bulan. Sem ini merupakan sem terakhir aku menduduki rumah yang kami sewa sekarang, selepas ini kami terpaksa menyerahkan rumah itu kepada tuannya. Bercakap tentang umah sewa, sem nie..penghuni rumah kami di No 15 Jalan Mida 7 mengalami sedikit perubahan. Terdapat muka baru yang akan mengantikan orang lama yang menarik diri siapa orang tue...kena la TUNGGU...... Kenapa....hanya Tuhan yang tahu. Ntah2...rumah kami tue panas kot....Whatever pun...panas @ sejuk sesebuah rumah bergantung kepada penghuninya.... Aku dan rakan-rakan yang lain akan cuba untk menjaga rumah itu. Kesungguhan n kepayahan kami untukmendapatkan rumah sewa ketika itu membuatkan kami lebih menghargainya. Rumah itu dapat disewakan atas hasil usahaku yang tanpa rasa segan bertanya kepada senior.... Ye la...orang yang tak cari mungkin dia tak tau...huhuhuhuhu. Aku juga ingin mengucapkan WELCOME HOME my friend...... Hope this year kita lebih success....caiyuk...caiyuk.....

May 18, 2009

CORETAN KU

Segalanya berakhir pada tarikh 7 Mei 2009 bersamaan hari Khamis tepat jam 12.00 tengah hari. Tarikh itu bukan ada apa yang istimewa pun, Cuma tarikh untuk aku menduduki kertas peperiksaan akhir untuk semester 4 nie dan segala dugaan yang perlu aku hadapi semester ini sudah berakhir.. Alhamdullillah seribu kesyukuran aku panjatkan kepada ALLAH S.W.T atas izinnya aku mampu menhadapi segala dugaan yang melanda diriku semester. Pelbagai konflik dalaman yang aku lalui semester ini yang hanya aku dan DIA sahaja yang ketahui. Konflik ini telah menjadi punca aku stress, tension and macam-macam lagi. Namun dengan bantuan dariNYA segalanya dapat aku hadapi dengan tabah.
Becakap tentang TABAH, cukup tabah ke aku menghadapi segalanya. Aku nampak keras tetapi aku sebenarnya sangat lembut pada hakikatnya. Ego, degil, sombong dan keras hati hanya boleh nampak di luar sahaja bukan di dalam hati aku. Ketabahan aku semester ini teruji apabila masalah demi masalah aku hadapi. Aku cuba berlagak seperti tiada apa yang berlaku, tapi hatiku hanya ALLAH S.W.T jer yang tau. Hatiku cukup sakit di minggu-minggu aku menghadapi peperiksaaan. Namun segalanya mampu aku sorokkan dengan jayanya sehingga ke hari terakhir aku menghadapi peperiksaan aku. Begitu sabar aku menghadapi semua ini.SABAR, sejauh mana kesabaran aku…hhmmmm ntah la. Kadang kala aku boleh bertolak ansur dengan sesuatu perkara dan bersabar dengan apa sahaja orang nak buat pada aku,. Sampai satu tahap yang agak melampau kesabaran aku tidak boleh dikawal lagi. Walaupun aku punya kesabaran tercabar oleh sesorang, namun tidak sekali aku pergi menyerang dan mengadakan perang mulut dengan orang lain. Aku akan lancakan perang dingin dengan orang yang berjaya mencabar kesabaran aku. Jika sebelum ini aku mampu lagi untuk berbual, bergelak ketawa, dan melihat mukanya, tetapi setelah dia berjaya membuat sesuatu yang aku dapat rasakan seperti mencabar kesabaran aku, segalanya akan minimum. Setakat ini aku belum pernah melakukan perkara ini kepada sesiapa, tetapi aku tidak berani memberi jaminan bahawa aku tidak akan melakukan perkara ini

March 25, 2009

PENAT......nyer

Minggu nie merupakan antara minggu-minggu yang memenatkan. Segala assignment n presentation perlu diselesaikan sebelum study week. Apa yang lebih membuatkan aku tidak menang tangan untuk selesaikan semua yang tertangguh adalah test yang datang silih-berganti. Aku agak terkejar untuk menyelesaikan semua ini sehingga aku terpaksa menggorbankan waktu rehatku. Aku hampir-hampir tiada lagi waktu untuk merehatkan diri. Waktu tidurku juga telah dipendekan bukan sedikit tetapi banyak. Sehingga satu tahap aku tidur hanya sejam setanggah. Penatnya..
Namun begitu, masih banyak lagi kerja-kerja yang perlu aku selesaikan. Aku kadang kala terfikir, mampukah badan aku menampung kepenatan yang semakin hari semakin meningkat bagi menyelesaikan semua kerja ini. Aku akan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan segalanya. Aku yakin bahawa setiap kerumitan ada penyelesaiannya. Untuk menyelesaikan aku perlu berusaha. Kegagalan selepas berusaha merupakan kejayaan.