March 25, 2009

PENAT......nyer

Minggu nie merupakan antara minggu-minggu yang memenatkan. Segala assignment n presentation perlu diselesaikan sebelum study week. Apa yang lebih membuatkan aku tidak menang tangan untuk selesaikan semua yang tertangguh adalah test yang datang silih-berganti. Aku agak terkejar untuk menyelesaikan semua ini sehingga aku terpaksa menggorbankan waktu rehatku. Aku hampir-hampir tiada lagi waktu untuk merehatkan diri. Waktu tidurku juga telah dipendekan bukan sedikit tetapi banyak. Sehingga satu tahap aku tidur hanya sejam setanggah. Penatnya..
Namun begitu, masih banyak lagi kerja-kerja yang perlu aku selesaikan. Aku kadang kala terfikir, mampukah badan aku menampung kepenatan yang semakin hari semakin meningkat bagi menyelesaikan semua kerja ini. Aku akan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan segalanya. Aku yakin bahawa setiap kerumitan ada penyelesaiannya. Untuk menyelesaikan aku perlu berusaha. Kegagalan selepas berusaha merupakan kejayaan.

1 comment: