February 18, 2009

CINTA

CINTA,
Sejauh mana CINTA boleh menguasai seseorang insan bernama manusia. Kerana CINTA manusia kadang-kala hilang arah. Tetapi tidak dinafikan ada CINTA yang membentuk arah yang baik.
Tapi bagiku..CINTA tidak penah hadir dalam diri ini. Apa yang ada untuk DIA hanya lah SAYANG. Aku sendiri keliru untuk menyayangi atau mencintai DIA. Aku takut jika hanya SAYANG, DIA tidak mengerti. Jika CINTA, aku takut jika itu hanya CINTA FANTASI. Aku takut untuk mengalami kehilangan buat kali kedua, setelah apa yang aku alamai suatu waktu dulu. Aku kehilangan orang yang disayangi buat selamanya dan hampir mencintainya. Dia pergi meninggalkan ku tanpa ucapan SELAMAT TINGGAL.
Oleh kerana itu CINTA dan SAYANG ku amat mahal untuk insan bernama DIA. Maafkanku andai nya sikapku ini membuatkan dirimu disisihkan. Aku tahu kamu kecewa dengan diriku. Namun aku tidak boleh mengubah diriku untuk mengikut kehendak atau kepuasan orang lain. Biarlah perubahan aku atas kesedaran diriku. Bila masa yang sesuai, aku sendiri tidak pasti. Jika kamu yakin diriMu jodohKU, sabarlah menungguku hatiKu terbuka, INSYALLAH. Aku mengizinkan diriMU dimiliki oleh orang lain. Ku doakan kebahagiaanmu.

No comments:

Post a Comment