February 24, 2009

TA'RUF

Aku mengenali DIA sejak aku di tingkatan satu lagi, atau lebih tepat lagi sejak hari pertama aku menjejakan kaki di tingkatan 1 lagi. Kami sama-sama menjadi penghuni Tingkatan 1 Anggerik di SMKLC. Pada hari pertama kami di sekolah itu, biasalah kena menjalani sessi orientasi. Pada sessi itu kami diminta mencari 7 orang rakan baru yang terdiri daripad 3 orang lelaki dan 4 orang perempuan. Syaratnya, rakan itu mestilah datang dari sekolah rendah yang berlainan dengan kita. Bermula dari tugasan itu lah aku mula mengenali DIA. Kami hanya berkenalan sekadar untuk melengkapkan tugasan yang diamanahkan. Kami saling mengenali, tetapi hanya sebagai rakan satu tingakatan. Tidak aku sangka, perkenalan aku dengan dia membahkan sesuatu yang aneh dalam hatiku. Mngkinkah itu dikatakan CINTA? Mungkinkah aku menyukai DIA.
Aku suka melihat wajahnya yang aku anggap sweet. Aku yang ketika itu tidak penah meminati mana-mana lelaki, telah mula tertarik melihat ‘kesweetan’ wajahnya. Dia sangat comel pada pandangan aku. Tapi sayang siapalah aku untuk mendapat perhatian darinya. Aku adalah gadis biasa yang tiada kelebihan yang boleh menjadi tarikan kepadanya, jauh sekali untuk diminati. Terus terang aku kata, aku sangat-sangat menyukainya. Tapi aku hanya mampu menyukainya dari jauh sahaja.
Aku bernasib baik kerana kami berada di tingkatan yang sama sehingga tingkatan tiga. Walaupun kami satu tingkatan, aku amat jarang sekali bergaul dengannya kerana aku bimbang perasaan aku terhadapnya akan ketara sekiranya aku berbual dengannya. So, aku hanya mencuri memandang nya dari jauh. Aku akan pastikan tempat duduku di dalam kelas akan memudahkan aku untuk mencuri pandang ke arahnya. Ketika di tingakatan 4 di SMKLC aku sekali lagi satu tingkatan yang sama. Semasa di tingkatan 4, pelajar ramai pelajar untu memohon untuk melanjutkan tingkatan 4 ke sekolah lain. Aku telah memohon untuk ke sekolah teknik selepas PMR dan aku berjaya mendapat tempat di SMTPd. Ape yang lebih memeranjatkan aku adalah dia pun terpilih untuk melanjutkan tingkatan 4 nye ke sekolah yang sama denganku. Walaupun berlainana kursus tetapi aku bersyukur kerana aku masih dapat melihat wajahnya yang sweet tue.
Di SMTPD aku masih lagi menyimpan perasaan terhadap dia. Di sana ada dua ke tiga orang kawan ku yang mengetahui kisah ini. Aku memulakan langkah untuk mendekatinya. Tapi usaha aku sia-sia. Semasa aku tingkatan 5 aku dapat tau yang dia telah mempunyai insan istimewa di hati. Ketitka itu, hati aku degil untuk berhenti dari meminatinya. Aku terus memandang dari jauh tanpa dia sedari. Sehingga sekarang aku terus meminatinya...aku kurang pasti kenapa aku menyukainya...mungkin kerana dirinya atau wajahnya yang sweet itu.Perasaan aku meminati dia tidak sehingga ingin memiliki nya, tetapi just suka melihatnya. Sehingga sekarang sudah hampir 5 tahun aku tidak berjumpa dengannya. Berita yang terbaru yang aku tau mengenai dia, dia mempunyai hubungan serius dengan seorang bekas pelajar SMKLC dulu. Aku mengenali budak itu. Cantik, sama padan dengan dirinya yang agak sweet tue. Aku doakan mereka bahagia....AMIN......

No comments:

Post a Comment