February 20, 2009

MEMILIHKAH AKU....

Aku dikurniakan ramai teman.... Di antara mereka ada yang ingin mendampingi ku lebih sekadar TEMAN. Salahkah aku jika aku mencari kesempurnaan seorang lelaki yang sempurna...yang bakal aku tabalkan sebagai RAJA di hatiku.
Aku pernah menyayangi seorang insan suatu waktu dulu. Tapi insan itu tidak bertahan lama denganku kerana aku kecewa dengan dirinya. Pelbagai usaha aku lakukan untuk mengubahnya...tapi sayang usaha aku sia-sia. Dia ternyata tidak menyayangi aku kerana dia tidak mampu mengubah sesuatu keburukkan yang aku anggap sangat teruk. Aku menyayanginya, tapi disebabkan itu...aku terpaksa mengakhiri perhubungan kami... Aku bukan memandang kesempurnaan rupa dan harta, tapi aku memandang kesempurnaan rohani dan kesempurnaannya sebagai lelaki. Salahkan aku jika aku menolaknya kerana kekurangannya itu.... Aku takut jika aku bersamanya aku akan menjadi korban tabiatnya. Aku mencari insan yang boleh membimbingku ke arah kebenaran bukan orang seperti DIA.

2 comments:

  1. betulla tu kin...kite serupe...kalau org kate kite memilih sgt,bagi kami,kte mmg perlu memilih bab2 mcm nih.klu blh nak sekali jer yg pertame n terakhir.chewah..pikir2kan lah.ape org nak cakap cakaplah.klu da jpe yg baik,jage bek2 jgn sampai lepas tapi jgn smpai menongkong plak..

    ReplyDelete